Ramai penduduk Pontian juga terdiri dari para petani dan pekebun kecil. Kelapa sawit, nenas, getah dan kopi adalah di antara tanaman yang banyak terdapat di sini.
Walaubagaimanapun Nenas merupakan antara mercu tanda Pontian. Anda boleh jumpa replika nenas di bandar Pekan Nenas, Bandar Baru Pontian dan di simpang empat berhadapan dengan balai polis lama Pontian.
Walaubagaimanapun disebabkan kenaikan harga kelapa sawit tidak lama dulu terdapat beberapa ladang nenas yang sudah bertukar menjadi ladang kelapa sawit.
Dahulunya juga terdapat sebuah kilang nenas di kawasan Parit Sikom tetapi ditutup sejak beberapa tahun dahulu.
Selesai tamat sekolah menengah sementara menunggu tawaran belajar saya pernah cuba bekerja sementara. Hanya tahan selama tiga hari sahaja. Kerjanya memang sangat teruk dan berat. Belum ditambah lagi dengan air nenas yang amat tidak selesa dan melekit.Itu 12 tahun yang lalu, sekarang kebanyakan pekerja kilang tersebut mungkin sudah tidak lagi bekerja.
Ladang nenas yang dahulu pekerjanya terdiri dari warga tempatan kini juga telah berubah wajah. Kebanyakan yang bekerja ialah buruh dari Indonesia. Kebanyakan anak muda tempatan lebih gemar dengan kerja profesional, teknikal ataupun pekerjaan dalam bidang industri.
Jika anda ingin melihat pemandangan di ladang nenas yang luas terbentang, anda boleh memandu ke kawasan Kayu Ara Pasong.
Asalam dan salam sejahtera.. kami memerlukan pembekal nenas jenis sarawak atau MD2 dalam kuantiti yg besar. Jika ada yg boleh memberi komitmen sila hubungi pd no yg tertera. URGENT!
EZHAM (0162281794)
Asalam dan salam sejahtera.. kami memerlukan pembekal nenas jenis sarawak atau MD2 dalam kuantiti yg besar. Jika ada yg boleh memberi komitmen sila hubungi pd no yg tertera. URGENT!
EZHAM (0162281794)